SI KARAH

RM9.90

Padam

Penerangan

Karah telah mengalami suatu mimpi ngeri. Oleh sebab terlalu ingin mengetahui makna mimpinya itu, Karah telah mendengar nasihat penduduk Taman Nirwana supaya menemui Belimbing Tua. Kononnya Belimbing Tua dapat membantunya menjelaskan maksud mimpi itu. Akan tetapi, Belimbing Tua tinggal amat jauh dan sukar pula untuk ditemui. Karah terpaksa meninggalkan Taman Nirwana dan menempuh berbagai-bagai rintangan semata-mata untuk menemui Belimbing Tua.

Menurut tafsiran Belimbing Tua, Taman Nirwana dalam bahaya. Apakah bahaya yang dimaksudkan oleh Belimbing Tua? Apakah rancangan penduduk Taman Nirwana apabila berhadapan dengan bahaya tersebut? Mengapa Ular Laut mahu berkuasa? Dan berjayakah Karah mengatasi semua dugaan dan cabaran itu? Sama-samalah kita ikuti pengembaraan Karah, hero kumpulan penyu dan semua penduduk dasar laut Taman Nirwana.

Maklumat

No. Produk
899320050201162345920102
No. ISBN/ISSN
9789836234599
Tarikh Terbit
13 Mac 2017
Muka Surat
90
Penulis
Mohd. Abdullah
Berat (Versi Cetak)
0.09kg