SENI VISUAL: MEMAHAMI KARYA SENI
“Yang terlihat di mata ilhamnya terungkap di hati hingga menjadi sebati”
Ramai ingin tahu bagaimana untuk memahami karya seni. Keinginan ini menjadi petanda baik bahawa karya seni yang indah itu ada di hati orang yang ingin tahu. Orang berkata karya seni hanya untuk orang seni.
Orang bukan seni pula menilai seni berbeza dari sudut nilai cantik dan tidak cantik. Daripada perbincangan ini, kefahaman tentang seni berkembang dari sudut ilmu. Terisi ilmu dan perkongsian untuk kita berbincang tentang seni dan keindahan.
Kelebihan buku ini membawa pembaca memahami karya seni visual melalui berfikir mencari penjelasan logik, konkrit dan menyeluruh. Hasilnya berkait rapat dengan imaginatif, inovatif, intuitif, ilham dan turut disokong dengan hasil penyelidikan.
Buku ini ditulis untuk peminat seni yang ingin mendalami makna seni itu. Buku ini dibahagi kepada lima bahagian. Bahagian I memfokuskan perbincangan tentang memahami bentuk dan mengisi ruang. Bahagian II membincangkan topik berkaitan dengan memahami makna seni dan kepentingannya, manakala Bahagian III memberikan tumpuan pada memahami seni dan idea. Bahagian IV mengupas isu berkaitan dengan memahami dan menghayati karya, sementara Bahagian V membincangkan bagaimana memahami kualiti seni.
Price range: RM89.30 through RM113.05




