SEKOLAH BERKESAN: TEORI DAN AMALAN

RM20.00

Padam

Penerangan

Buku ini mengupas teori dan amalan keberkesanan sesebuah sekolah. Dalam aspek teori, buku ini membincangkan model dan teori keberkesanan sekolah berasaskan perspektif pengkaji sekolah berkesan tempatan dan barat. Penulis buku ini juga membuktikan model dan teori tersebut berupaya dilaksanakan menerusi beberapa contoh amalan sekolah berkesan pada masa kini seperti pengurusan berasaskan sekolah dan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP). Malah, contoh tersebut turut melibatkan amalan negara maju yang berupaya diteladani kerana budaya yang hampir sama seperti Jepun dan Singapura.

Justeru, buku ini berupaya dijadikan panduan oleh pihak berkepentingan dalam sistem pendidikan khususnya penggubal dasar, masyarakat dan warga sekolah yang melibatkan pemimpin sekolah, guru, murid serta ibu bapa, bagi mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang dalam usaha melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Maklumat

No. Produk
37132000201149156140101
No. ISBN/ISSN
9789834915612
Tarikh Terbit
16 Ogo 2018
Muka Surat
221
Penulis
Muhammad Faizal A. Ghani, Zuraidah Abdullah, Norfariza Mohd Radzi, Rosnah Ishak
Berat (Versi Cetak)
0.28kg