SAYEMBARA

RM15.00

Padam

Penerangan

Sayembara mengisahkan jalinan hubungan yang unik antara tiga wanita – Laila, Kasima dan Maya. Hubungan yang terikat atas sebab yang satu – Sayembara – program realiti yang menawarkan hadiah satu juta ringgit. Masing-masing mempunyai impian tersendiri. Laila ingin menebus kembali kekalahannya dalam dua siri yang lepas. Kasima ingin merawat wajahnya. Maya pula ingin memulakan hidup baharu. Tiga karakter berbeza dan saling bertentangan yang akhirnya menimbulkan pelbagai konflik. Namun, mereka bertahan demi hadiah yang begitu lumayan itu. Kehadiran Ibu Meriam makin menyulitkan, tetapi dalam tidak sedar merapatkan hubungan mereka.

Sayembara menyorot nilai yang semakin hilang dalam kehidupan kini. Nilai apa yang hilang sebenarnya? Bacalah! Mungkin kita juga kehilangannya tanpa kita sedari.

Maklumat

No. Produk
899320050201149139840101
No. ISBN/ISSN
9789834913984
Tarikh Terbit
26 Apr 2017
Muka Surat
298
Penulis
Ruhaini Matdarin
Berat (Versi Cetak)
0.20kg