SASTERAWAN NEGARA S. OTHMAN KELANTAN: PERJUDIAN
Rakyat marhaen yang bertukar menjadi para
petani kelaparan tanah menyuguhkan rantaian
drama dan tragedi yang tidak berkesudahan.
Kisah lama yang pernah berlaku pada awal
kemerdekaan di Kelantan, iaitu peristiwa para
petani berarak ke Balai Besar lebih awal daripada
tragedi kebuluran di Baling menjadi gambaran
cerita dalam novel ini. Di dalamnya tergarap kisah
kesusahan hidup para petani yang meneroka
tanah kerajaan. Ancaman serigala, haiwan berbisa
dan juga manusia bernafsu serakah adalah
liku-liku hidup yang dilalui dengan pahit dan getir.
Sekuat mana pun mereka melawan, tetapi
kemenangan akhirnya berpihak kepada pihak
yang lebih berkuasa. Usaha puluhan tahun
hangus di sebalik kekalahan yang paling tragis.
Original price was: RM29.00.RM24.65Current price is: RM24.65.


