5%

SALAM KAHERAH

RM13.30RM14.00

Padam
No. Produk: 9789834934552-jendela Kategori: ,

Penerangan

Cerita ini mengisahkan pengalaman Hasna yang pergi bercuti ke Mesir selama lima hari bersama-sama keluarganya kerana kebetulan bapanya, Profesor Harun ada urusan di Kaherah. Hasna seorang kanak-kanak yang sememangnya memiliki sifat ingin tahu yang tinggi sering bertanyakan hal-hal yang berkaitan dengan negara Mesir daripada ibu bapanya selain pencariannya sendiri melalui laman sesawang. Sepanjang berada di Mesir, Hasna dapat mengunjungi sekitar Kaherah. Pada mulanya, Hasna dan keluarganya dibawa ke Jabal Muqattam, sebuah kawasan tertinggi di Kaherah. Di situ, mereka dapat melihat panorama seluruh kota Kaherah lama. Mereka juga diperkenalkan dengan kawasan City of the Death, sebuah perkuburan. Mereka kemudiannya dibawa ke Citadel Qaitbay, sebuah kubu lama Panglima Perang, Salahuddin Al-Ayubi serta kawasan sekitar kubu tersebut yang dikenali sebagai Al-Qalaah. Seterusnya, mereka berkunjung ke Masjid Hassan dan Masjid Rifaie sebelum ke Pesta Buku Antarabangsa Cairo. Selain itu, Hasna dan keluarganya turut dibawa melawat Masjid Al-Azhar dan juga Iskandariah atau Alexandria yang mempunyai beberapa tempat menarik seperti Montazah, Kompleks Salamlek, Bibliotheca Alexandrina. Pada hari terakhir lawatan, Hasna sekeluarga berkunjung ke Giza untuk melihat piramid yang telah dibina sejak 2500 tahun Sebelum Masihi dan kemudian mereka sekeluarga dibawa menyusuri Sungai Nil dengan menaiki bot. Selama lima hari di Mesir itu juga, Hasna tidak ketinggalan menikmati pelbagai hidangan makanan Mesir di beberapa buah restoran. Hasna turut melihat budaya masyarakat Mesir, iaitu menonton persembahan tarian sufi yang berasal dari Turki. Hasna sangat gembira kerana diberi peluang melawat Mesir dan kini dia semakin memahami galakan pendakwah Islam agar umatnya mengembara kerana manusia bukan sahaja dapat memahami budaya kehidupan orang lain malahan dapat menyaksikan kebesaran Allah SWT.

Maklumat

No. Produk
9789834934552
No. ISBN/ISSN
9789834934552
Muka Surat
58
Penulis
Abu Hassan Morad
Saiz PDF
13 MB