RUPA DAN JIWA: SEKITAR DUNIA KARTUN
Buku ini merupakan himpunan esei penulis yang telah disiarkan dalam ruangan “Dunia Kartun” majalah Humor Nasional Gila-Gila dari tahun 2009 hingga tahun 2019. Sejumlah 87 tajuk telah dihimpunkan di bawah tujuh bahagian utama, iaitu Majalah Gila-Gila; Tokoh dan Ikon Dunia Kartun; Aktiviti, Penerbitan dan Pameran Kartun; Persidangan, Seminar dan Forum Seni Kartun; Penyelidik dan Penyelidikan Seni Kartun; Muzium, Galeri, Persatuan dan Peranan Kartunis; dan Seni Kartun Luar Negara yang telah disusun dan disunting semula.
Selain berkaitan dengan persoalan-persoalan tokoh, peristiwa, aktiviti, institusi, peranan seni kartun dan kartunis, buku ini turut menampilkan sisi penting lain mengenai seni popular, iaitu dari sudut kecenderungan dan penerimaan khalayak terhadap seni kartun sebagai suatu disiplin ilmu budaya visual yang semakin mendapat tempat dalam sektor industri kreatif, pendidikan dan kebudayaan. Buku ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan umum, khususnya para pelajar pengajian media dan seni kreatif, semua pemain budaya dari sektor awam dan korporat, seniman, kartunis, pengamal media, pengkaji seni dan budaya.
Price range: RM94.05 through RM120.70





