
PUTERI SANTUBONG CINTA DUA ZAMAN
Puteri Santubong Cinta Dua Zaman mengisahkan pertembungan antara watak dari dunia kayangan dan watak dunia nyata yang berlatarbelakangkan zaman lampau dengan zaman kini melalui watak Puteri Santubong dan Dr. Fakiruddin. Cerita bermula dari dunia kayangan apabila Puteri Sejinjang meracun suaminya, kerana ingin berkuasa di negeri Kebayat Inderagiri. Akibatnya, berlaku perang besar yang turut disertai oleh Puteri Santubong. Sementara di dunia pada masa ini, Dr. Fakiruddin dihantar bertugas di luar kawasan dengan helikopter tetapi malangnya helikopter itu terhempas di Gunung Santubong. Pada masa yang sama, Puteri Santubong dihantar turun ke dunia. Di sini,
Dr. Fakiruddin telah memasuki gerbang masa abad ke-15. Dr. Fakiruddin bertemu dengan Puteri Santubong dan bermulalah episod cinta dua insan ini.
Original price was: RM50.00.RM42.50Current price is: RM42.50.
