PUISI WARISAN

RM15.00

Padam

Penerangan

Sastera rakyat dalam genre puisi merupakan pancaran keintelektualan pemikiran bangsa Melayu masa silam. Ia menggambarkan hubungan erat masyarakat masa lalu dengan alam serta memperlihatkan aktiviti kehidupan mereka dalam satu ruang lingkup budaya. Segala maksud gerak dan pengucapan disampaikan melalui kata-kata yang disusun indah terhasil daripada kebijaksanaan pujangga masa lalu yang terasuh oleh alam semesta dengan segala cabarannya.
Buku ini membicarakan puisi klasik yang merangkumi pantun, syair, gurindam, seloka, jampi, serapah dan mantera, bahasa berirama, nyanyian rakyat, puisi klasik pengaruh Arab-Parsi, puisi klasik dalam Sejarah Melayu dan perbilangan adat. Kajian ini melengkapkan kajian tentang puisi Melayu tradisional yang dibuat serta ditulis oleh sarjana-sarjana tempatan dan sarjana-sarjana Barat.

Maklumat

No. Produk
899320050201162418140103
No. ISBN/ISSN
9789836241817
Tarikh Terbit
18 Okt 2015
Muka Surat
152
Penulis
Aripin Said
Berat (Versi Cetak)
0.19kg