PERUBATAN MODEN DAN RUQYAH SYAR’IYYAH
PERUBATAN MODEN
DAN
RUQYAH SYAR’IYYAH
Al-Ruqyah al-Shar’iyyah merupakan satu elemen dalam pendekatan rawatan Islam. Namun begitu, salah faham dan ketidaktepatan perspektif menyebabkan elemen ini sering dilihat dalam kerangka yang sempit. Secara prinsipnya, perubatan Islam hendaklah selari dengan ajaran al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Sandaran terhadap dua sumber hukum yang utama ini pada hakikatnya dapat menghindari unsur khurafat dan salah faham masyarakat sehingga menggadaikan ketauhidan kepada Tuhan Yang Esa.
Perubatan Moden dan Ruqyah Shar’iyyah bukanlah sebuah buku senarai doa. Buku ini juga bukan untuk bersentimental dengan sejarah silam atau dengan tulisan para sarjana klasik. Buku ini dihasilkan untuk memaparkan kesyumulan Islam dalam usaha membantu pengamal perubatan dan masyarakat dalam isu perubatan, khususnya dalam perawatan psikiatri. Oleh itu, buku ini cenderung untuk memberikan kefahaman, merungkai persoalan dan menjentik fikiran berbanding dengan yang bersifat didaktik atau ritual.
Penulisan buku ini disumbangkan oleh para doktor pakar dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kepakaran masing-masing sehingga ada yang menjangkau tiga dasawarsa. Sebahagian penulis bertugas sebagai ahli akademik di beberapa buah universiti awam dan swasta, malah ada yang turut memberikan perkhidmatan klinikal di hospital awam mahupun swasta. Para penulis turut bertanggungjawab melatih pelajar perubatan dan para pelatih untuk membina kepakaran dalam bidang psikiatri ini.
Price range: RM30.40 through RM38.25



