PERMAINAN KATA: KATA NAMA
Buku Permainan Kata: Kata Nama memberikan penerangan secara mudah untuk murid mengenali dan lebih memahami kata nama dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama. Permainan kata secara santai dan menyeronokkan disediakan dalam buku ini, iaitu teka silang kata, pintar kata, dan intai-intai kata. Melalui permainan kata ini, murid dapat menguji kefahaman masing-masing, di samping mengukuhkan kefahaman mereka tentang perkara yang dipelajari.
Selain itu, permainan kata berupaya meningkatkan jumlah kosa kata yang dapat dikuasai oleh murid sekolah rendah tahap dua, termasuk murid di sekolah jenis kebangsaan. Dalam pendidikan Bahasa Melayu, integrasi pembelajaran berasaskan permainan kata menjadi sebahagian daripada pendekatan penting untuk menambah baik amalan pedagogi guru, sekali gus menyokong penerapan elemen didik hibur di dalam bilik darjah.
Original price was: RM9.00.RM8.55Current price is: RM8.55.







