30%

PENULISAN AKADEMIK SASTERA

RM17.50

Padam

Penerangan

Penulisan Akademik Sastera membincangkan tentang konsep, kaedah, aplikasi dan panduan menulis tesis, jurnal, kertas kerja dan esei kritikan khususnya dalam bidang sastera yang merupakan penanda aras dalam kegiatan intelektual dan pembelajaran di Institusi pengajian tinggi. Huraian terperinci diberikan dari aspek konsep dan penulisan akademik, aplikasi teori sastera, kaedah penulisan tesis dan jurnal yang berkesan serta turut menyentuh pelbagai perkara penting yang berkait rapat tentang penulisan akademik sastera. Keseluruhan bab yang terkandung di dalamnya disusun secara sistematik; bermula dengan gambaran umum tentang penulisan akademik, penguasaan teori, kaedah dan aplikasi penulisan karya akademik dan diakhiri dengan perbincangan terhadap penilaian penulisan akademik.

Justeru, buku ini ternyata berupaya menjadi panduan dan rujukan berguna untuk pembaca dalam menulis serta menghasilkan karya ilmiah khususnya dalam bidang sastera.

Maklumat

No. Produk
808021117864101
No. ISBN/ISSN
9789834617868
Tarikh Terbit
22 Jul 2015
Muka Surat
358
Penulis
Mana Sikana
Berat (Versi Cetak)
0.48kg