Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

PENILAIAN PRESTASI BARAH DALAM ORGANISASI

Penulis: AB Aziz Yusof

Pelaksanaan penilaian prestasi menjemput pengurus untuk berhadapan dengan pelbagai masalah. Antaranya boleh menyebabkan produktiviti kerja pekerja menurun, komitmen terhadap pekerjaan terhakis, kepuasan kerja merudum, imej pengurus terjejas dan organisasi akan kehilangan kelebihan kompetitif. Kegagalan pengurus untuk melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti petanda awal permasalahan laksana barah yang menyerang seseorang tanpa disedari. Virus ini merebak dengan cepat jika tidak diberikan rawatan segera. Pelbagai masalah menunggu jika pengurus gagal menanganinya dengan berkesan. Dalam usaha mereka untuk menanganinya, pengurus sering terhimpit dan tersepit antara dua keadaan, iaitu mencapai tuntutan organisasi dengan memenuhi tuntutan pekerja. Senario ini menyebabkan pelaksanaan penilaian prestasi diterima sebagai fungsi yang tidak menyenangkan, memudarkan produktiviti, mengusutkan keadaan dan mengundang pelbagai kesukaran.

Original price was: RM25.00.Current price is: RM21.25.

Butiran Produk

No. Produk
658320050201149171440101
No. ISBN
9789834917142
Tarikh Terbit
03 Mei 2018
Bil. Halaman (ms)
309
Penulis
AB Aziz Yusof
Berat (Versi Cetak)
0.39kg