PEMERKASAAN WANITA MENURUT ISLAM
Original price was: RM45.00.RM38.25Current price is: RM38.25.
Sinopsis
Buku ini secara kritis meneroka dan mentafsir dokumen Platform untuk Tindakan (Platform for Action). Dokumen Platform untuk Tindakan ialah dokumen PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) yang mengandungi perbincangan hak wanita. Dokumen ini disediakan oleh feminis dan aktivis wanita yang sangat berpengaruh serta pihak berkuasa yang berkaitan. Dokumen ini mengenal pasti 12 bidang yang menjadi perhatian kritikal bagi memperkasakan wanita dan menyampaikan siri tuntutan dan tindakan yang strategik. Dokumen ini diluluskan pada bulan September, 1995 di Beijing, China. Sebagai seorang penulis, Dr. Zeenath Kausar yang merupakan pengkritik feminisme yang terkenal pada peringkat antarabangsa telah menunjukkan bahawa walaupun beberapa tuntutan dokumen Platform untuk Tindakan itu boleh dipuji, beberapa tuntutan lain dalam dokumen itu perlu ditolak. Khususnya tuntutan mengenai hak seksual dan pembiakan yang bertentangan dengan norma masyarakat bukan Barat.