Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

PEMBUATAN PRODUK KOMPOSIT BERASASKAN MATRIKS POLIMER

Penulis: KHAIRULNISAN AZMIL

Buku ini memberikan pengenalan asas tentang aktiviti pembuatan produk komposit berasaskan matrika polimer bertetulang gentian dan tiga elemen kemahiran asas pembuatan produk komposit seperti kaedah pembuatan produk secara hamparan basah, pembungkusan vakum dan influsi vakum. Selain itu, proses pembuatan produk komposit melalui kaedah semburan gentian, peralihan resin beracuan, tekanan panas beracun, pultrusi dan belitan filamen turut dibincangkan.

Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan pelajar sekolah menengah aliran teknik dan vokasional yang mengambil mata pelajaran reka cipta, kejuruteraan bahan, polimer dan pembuatan, serta pelajar yang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda, diploma dan sijil di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan institut kemahiran. Buku ini turut bermanfaat kepada para pembaca, pendidik, jurutera, pengurus, penyelia serta penyelidik yang ingin mendapatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman berkaitan dengan bidang pembuatan produk komposit berasaskan matriks polimer dalam usaha meningkatkan sains dan teknologi negara.

Original price was: RM100.00.Current price is: RM85.00.

No. Produk: 629320000201149529140101-jendela Kategori: Tag:

Butiran Produk

No. Produk
629320000201149529140101
No. ISBN
9789834952914
Tarikh Terbit
03 Nov 2025
Bil. Halaman (ms)
231
Penulis
KHAIRULNISAN AZMIL
Berat (Versi Cetak)
0.39kg