15%

NOVEL REMAJA: RUMAH INI MILIK KITA

RM17.00

Padam

Penerangan

Umairah merenung lama rumah konkrit bercat serba
putih di hadapannya seolah-olah itulah pertama kali dia melihat
sebuah “rumah”. Langkahnya terhenti kerana dia mahu menatap
“rumah” yang selama ini hanya wujud dalam karangan mata
pelajaran Bahasa Melayu sekolahnya. Dalam hatinya, dia sungguh
teruja dan bersyukur. “Lihat, kakak. Kita ada rak kasut!” ujar Ummu
Fatin dengan gembira. Umairah tersenyum melihat gelagat adiknya
yang sama teruja dengannya. Syahirah berasa sedih, geram dan
marah dengan kehidupan keluarganya sekarang. Kata ayahnya,
mereka tinggal di perumahan kos rendah itu hanya sementara.
Ibunya pula selalu berkata, “Bersabar dan bersyukurlah dengan
apa yang kita ada sekarang.” Syahirah rindukan kehidupan mereka
yang mewah, sempurna dan ada segala-galanya.

Maklumat

No. Produk
899320050201149325030101
No. ISBN/ISSN
9789834932503
Tarikh Terbit
14 Jan 2022
Muka Surat
212
Penulis
Ruhaini Mat Darin
Berat (Versi Cetak)
0.17kg