Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

NOVEL REMAJA: RETAK GADING

Penulis: Amelia Hashim

Azimat, anak muda yang hampir menginjak alam dewasa, masih tertanya-tanya sejarah kelahirannya selama 17 tahun itu. Ramai yang menawarkan diri untuk menjadi ibu dan bapa angkatnya, namun Azimat hanya berminat untuk mengetahui ibu dan bapa kandungnya sahaja. Pak Mail yang memungut bayi kecil di hadapan pintu pagar Yayasan Illa-Annur, rumah kebajikan anak-anak yatim itu, menamakan bayi itu sebagai Azimat bin Abdullah. Namun Pak Mail tidak tahu siapakah yang membuang bayi itu di situ. Seorang wanita kemudiannya mengaku, bahawa dialah yang meletakkan bayi di situ 17 tahun dahulu. Benarkah demikian? Dapatkah Azimat menerima hakikat bahawa dia adalah anak terbuang dan wanita tersebut ialah ibunya? Bagaimana membuktikan sama ada dakwaan wanita itu benar atau tidak? Retak Gading mengungkap dilema hati dan perasaan anak-anak yang tidak diminta kelahirannya, pun tidak meminta kelahiran mereka ke dunia sedemikian rupa.

Original price was: RM15.00.Current price is: RM12.75.

Butiran Produk

No. Produk
899521192723102
No. ISBN
9789836292728
Tarikh Terbit
19 Ogo 2015
Bil. Halaman (ms)
210
Penulis
Amelia Hashim
Berat (Versi Cetak)
0.19kg