15%

NOVEL REMAJA: EKUIMA

RM12.75

Padam

Penerangan

Novel fiksyen sains ini mengisahkan Kapten Syahrul yang berkhidmat dalam pasukan tentera negara Adroimaya telah ditugaskan untuk menyiasat kematian seorang tokoh terkenal, iaitu Profesor Tajuddin. Kapten Syahrul dibantu oleh Profesor Naim. Komander Rudian pula membantu Kapten Syahrul dari segi logistik dan aset ketenteraan. Kematian Profesor Tajuddin dipercayai mempunyai kaitan dengan pencarian harta peninggalan silam kerajaan lama yang tersembunyi di dalam piramid Kerajaan Gangges, iaitu ekuima. Ekuima ialah sejenis loket yang telah dipotong kepada enam bahagian dan dikalungkan kepada enam jenazah raja Gangges. Keenam-enam bahagian itu jika dicantumkan akan mengeluarkan kuasa elektrik yang dapat membekalkan tenaga peralatan ketenteraan dan menjadi senjata pemusnah. Dalam penyiasatan itu, didapati Komander Rudian rupa-rupanya musuh dalam selimut kerana dia bercita-cita untuk merebut ekuima tersebut. Berjayakah Kapten Syahrul dengan misi penyiasatannya?

Maklumat

No. Produk
899320050201149171030101
No. ISBN/ISSN
9789834917104
Tarikh Terbit
13 Apr 2018
Muka Surat
236
Penulis
Zamri Bahal
Berat (Versi Cetak)
0.13kg