NOVEL KANAK-KANAK: RAMA-RAMA MENGEPAK SAYAP
Bilal Eijaz, murid bermasalah pendengaran berasa sedih dan kecewa apabila gagal mewakili sekolah dalam bidang sukan yang amat diminati di sekolah baharunya. Saat menghadapi kekecewaannya, dia diberi peluang untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita. Bilal Eijaz dalam dilema. Walau bagaimanapun, dia cuba berfikiran positif. Di samping mengubati hati kerana kegagalannya dalam bidang sukan, dia ingin mencuba perkara baharu yang tidak pernah terlintas di fikirannya sebelum ini. Berjayakah Bilal Eijaz menggapai cita-citanya dalam bidang baharu tersebut? Ketahuilah kisah selanjutnya dalam Rama-Rama Mengepak Sayap.
Karya ini telah memenangi Hadiah Pertama Sayembara Menulis Novel Kanak-kanak bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2022.
Price range: RM14.00 through RM18.70

