15%

MINANGKABAU: DARI DINASTI ISKANDAR ZULKARNAIN HINGGA TUANKU IMAM BONJOL

RM63.75

Padam

Penerangan

Minangkabau bukanlah sebuah kerajaan, tetapi lebih mendekati pengertian kebudayaan, di samping makna geografi dan etnik. Penduduk yang mendiami wilayah ini merupakan suku bangsa yang unik di Indonesia. Sistem kekeluargaan matrilineal menjadi identiti bagi masyarakat Minangkabau. Kini, etnik Minangkabau satu-satunya kelompok masyarakat matrilineal beragama Islam yang wujud di dunia. Keunikan adat dan budaya Minangkabau menarik perhatian pengkaji asing untuk datang ke Sumatera Barat. Mereka juga tertarik dengan sistem matriark, sekaligus menganut agama Islam yang patriark.

Buku ini mengisahkan sejarah wilayah Minangkabau yang dikatakan bermula daripada dinasti Iskandar Zulkarnain hingga Tuanku Imam Bonjol. Diceritakan juga kisah kerajaan yang wujud diMinangkabau, daripada kerajaan Pasumayam Kota Batu hingga Kerajaan Pagaruyung; turut diketengahkan tentang adat dan kebudayaan yang menjadi amalan masyarakat Minangkabau seperti adat perkahwinan, tradisi tabuik dan sebagainya.

Maklumat

No. Produk
305320000201149265640101
No. ISBN/ISSN
9789834926564
Tarikh Terbit
14 Apr 2021
Muka Surat
684
Penulis
Amir Sjarifoedin TJ. A
Berat (Versi Cetak)
0.89kg