MENANGKIS KRITIKAN ORIENTALIS TERHADAP AL-QUR’AN DAN SUNNAH
Original price was: RM26.00.RM22.10Current price is: RM22.10.
Sinopsis
Orientalis umumnya bermaksud golongan pemikir Barat yang mendalami bahasa dan kesusasteraan Timur. Mereka memberikan perhatian yang besar terhadap agama, sejarah, adat istiadat dan ilmu-ilmu di dunia Timur. Setelah perang salib tercetus dan kemenangan telah berpihak kepada Islam., keadaan ini menyebabkan Barat semakin tidak yakin untuk menentang Islam dengan menggunakan ketenteraan. Oleh itu, sebagai alternatif “senjata” bagi menyerang Islam mereka menggunakan serangan pemikiran dengan menyebarkan fahaman orientalis. Orientalis telah menggariskan pelbagai matlamat bagi melemahkan Islam dengan mengkritik tiga sumber utama umat Islam, iaitu al-Quran, Sunnah dan sirah Rasullullah SAW. Oleh itu , amat penting bagi umat Islam mengetahui dan mengenal pasti fahaman aliran ini kerana fahaman ini telah tersebar dengan begitu meluas ke suluruh dunia Islam.