MASALAH REPRODUKTIF: PEKERJAAN ANDA MUNGKIN PUNCANYA

RM25.00

Padam

Penerangan

Mengapakah saya tidak berjaya hamil? Adakan saya tidak subur atau pasangan saya yang bermasalah? Mengapakah saya kerap mengalami masalah keguguran? Apakah yang menyebabkan masalah tersebut berlaku? Adakah mudarat dedahan yang berlaku di persekitaran tempat kerja boleh menjejaskan kesihatan reproduktif pekerja? Semuanya akan terjawab apabila membaca buku Masalah Reproduktif Pekerjaan Anda Mungkin Puncanya.

Ketahuilah pelbagai jenis mudarat yang mampu menjejaskan kesihatan reproduktif dan kesannya kepada pekerja. Fahamilah langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk meminimumkan risiko pendedahan mudarat kepada pekerja. Selain prosedur penaksiran risiko yang dirancang rapi, pengurusan risiko dan strategi melindungi diri ke arah memaksimumkan kesihatan reproduktif perlu dirangka dengan terperinci demi mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan selamat. Kesemuanya perlu dilaksanakan kerana pekerja inilah yang menjadi aset penting kepada sesebuah organisasi.

Maklumat

No. Produk
613320050201149196440101
No. ISBN/ISSN
9789834919641
Muka Surat
147
Penulis
Noor Hashim Ismail Rosnah Ismail Mohd Ihsani Mohd Firdaus Mohd Radi
Berat (Versi Cetak)
0.33kg