LUGHATUL FASL: BAHASA PERBUALAN KELAS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
Buku Lughatul Fasl (Bahasa Perbualan Kelas dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab) ini merupakan buku yang dapat membantu murid dan guru untuk bertutur dalam bahasa Arab semasa mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Lughatul Fasl sangat penting untuk dikuasai oleh murid dan guru bagi melancarkan lagi proses PdP Bahasa Arab.
Tujuan utama penyusunan buku ini adalah untuk membantu memudahkan murid dan guru mencari perkataan atau ayat bahasa Arab yang selalu digunakan di dalam kelas. Murid dan guru boleh merujuk dan menghafal ayat serta perkataan yang telah disusun dengan lebih cepat mengikut bab-bab yang berkaitan. Buku ini juga disusun supaya menjadi satu bahan sokongan pendidikan yang lebih mesra pengguna kepada murid atau guru apabila setiap individu boleh memilikinya dan boleh membawanya ke mana-mana sahaja, terutama ketika kelas PdP Bahasa Arab dijalankan.
Original price was: RM8.00.RM7.60Current price is: RM7.60.







