Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

KUMPULAN SKRIP DRAMA TV: RUMAH MERDEKA

Penulis: Subroto Hj. Katimin

Rumah Merdeka memuatkan empat buah skrip drama televisyen yang bertemakan nasionalisme dan patriotisme. Rumah Merdeka: Sikap buruk sangka dan salah faham antara dua orang sahabat telah menimbulkan dendam dalam hati masing-masing. Akhirnya, permasalahan terungkai pada malam 31 Ogos. Layar Merdeka: Haris, anak pasangan perkahwinan campur, cuba ‘memikat’ hati bapa saudaranya. Dalam usaha tersebut, pelbagai perkara telah berlaku. Akhirnya, persaudaraan yang telah terputus puluhan tahun dapat disambung kembali saat menyambut Hari Kemerdekaan. Mariam Marina: Jati diri yang dipegang Mariam telah menjadikan anak-anaknya berjiwa patriotik. Marina, cucu tirinya, yang hadir dalam keluarga mereka telah membuat onar sehingga malam kemerdekaan yang sepatutnya disambut gembira menjadi sebaliknya. Bunga Raya untuk Su Tin: Salah faham dan rasa teraniaya membuatkan Rahmat membenci sahabatnya, Sathiya. Hal ini merosakkan hubungan cinta anak-anak mereka, Raudah dan Robert.

RM25.00

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149198340101
No. ISBN
9789834919832
Tarikh Terbit
19 Sep 2018
Bil. Halaman (ms)
443
Penulis
Subroto Hj. Katimin
Berat (Versi Cetak)
0.42kg