15%

KUMPULAN PUISI : TAMAN INSANIAH

RM17.00

Padam

Penerangan

Kumpulan Puisi Taman Insaniah menyalurkan pemikiran dan tema berkaitan dengan kehidupan manusia sejagat yang turut melingkari kehidupan peribadi di samping mengemukakan mesej yang mampu memberi kesan pengajaran berkaitan dengan nilai kemanusiaan, hubungan makhluk dengan Penciptanya perihal kuasa, politik, dan budaya. Shamsudin Othman berjaya menghasilkan puisi-puisi yang terbaik secara selektif dan segar, dengan jalinan gaya bahasa yang kemas seperti penggunaan bahasa figuratif, retorik, dan metafora. Shamsudin juga begitu teliti dalam pemilihan diksi, sekali gus menaikkan nilai estetika puisi-puisi ini dan menjadikannya lebih “hidup” kerana dihiasi dengan roh dan elemen-elemen retorika yang pasti akan menyentuh perasaan dan emosi pembaca. Taman Insaniah ini datang dari hati, dan sesuatu yang datang dari hati, maka hati pulalah yang akan menerimanya…

Maklumat

No. Produk
899521118504101
No. ISBN/ISSN
9789834618506
Tarikh Terbit
30 Dis 2014
Muka Surat
167
Penulis
Shamsudin Othman
Berat (Versi Cetak)
0.25kg