KUMPULAN PUISI : JENDELA LANGIT

RM15.00

Padam

Penerangan

Jendela Langit merupakan kumpulan puisi yang menghimpunkan sejumlah 138 buah puisi hasil karya Jamaludin D. Puisi-puisinya dizahirkan secara puitis dan ringan dengan bahasa yang mudah serta telus. Bait-bait katanya menyatakan makna yang berbunga hasrat; yang dipinta untuk diselami, dihayati serta dimengerti oleh para pembaca. Kekuatan puisi-puisinya terletak pada elemen kesederhanaan yang dialirkan pada bait-bait katanya hingga karya yang lahir daripada daya kreativitinya, kelihatan begitu seimbang, senada dan seirama. Kepelbagaian tema yang diangkat juga turut meletakkan karya Jamaludin D. ini di dalam kelasnya yang tersendiri. Inilah cetusan kreatif hasil intuisi anugerah Ilahi daripada Jamaludin D. yang sehingga kini masih berterusan menajamkan mata penanya dan menumpahkan tintanya semata-mata untuk menjelmakan puisi khusus buat tatapan pencinta sastera.

Maklumat

No. Produk
899521111474102
No. ISBN/ISSN
9789834611477
Tarikh Terbit
22 Nov 2013
Muka Surat
182
Penulis
Jamaludin D.
Berat (Versi Cetak)
0.25kg