Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

KUMPULAN PUISI: EDISI KHAS SASTERAWAN NEGARA: SETITIK DARAH DI BILIK BUNDAR

Penulis: Muhammad Haji Salleh

Setitik Darah di Bilik Bundar ialah buku puisi yang ke-12 karya Muhammad Haji Salleh. Sajak-sajak di dalamnya ditulis di Amerika Utara dan Amerika Selatan, sewaktu beliau menjadi felo penyelidik di Universiti Harvard, pada tahun 2006-2007. Sajak-sajak ini membawa respons penyair terhadap kerencaman Amerika Syarikat, terutamanya, yang sedang berubah wajah dan jiwa. Demikianlah diberikan sketsa raut wajah penduduk asli yang dirampas sejarahnya, pendatang selatan yang mengejar nafkah utara, dan anak muda yang belajar mentafsir dunia baru. Dalam sajak-sajak ini juga, kita temukan baris-baris yang melukiskan kitaran musim dan alam, yang masih mengajar manusia dengan gerak maknanya.

Original price was: RM17.00.Current price is: RM14.45.

Butiran Produk

No. Produk
8993200001146016740102
No. ISBN
9789834601676
Tarikh Terbit
13 Jun 2017
Bil. Halaman (ms)
387
Penulis
Muhammad Haji Salleh
Berat (Versi Cetak)
0.43kg