KUMPULAN DRAMA: DUNIA BELUM KIAMAT

RM28.00

Padam

Penerangan

Kumpulan Drama Dunia Belum Kiamat ini menghimpunkan lima buah drama realisme karya Hatta Azad Khan berjudul “Awang”, “Cermin Tipu Daya”, “Dunia Belum Kiamat”, “Anak Korporat” dan “Puteri Gunung Ledang”. Drama-drama dalam Dunia Belum Kiamat ini membawa tema dan persoalan tentang konflik dan pertentangan dunia anak muda, dunia korporat dan kekeluargaan serta isu-isu yang masih relevan dengan keadaan sosial masa kini. Hatta Azad Khan memaparkan drama realisme dengan gaya humor dan unsur sejarah yang berlatarbelakangkan warna, rentak dan gaya kehidupan sosial masyarakat tahun 1970-an dan 1980-an di tanah air.

Maklumat

No. Produk
899320050201146082940102
No. ISBN/ISSN
9789834608293
Tarikh Terbit
13 Jul 2016
Muka Surat
350
Penulis
Hatta Azad Khan
Berat (Versi Cetak)
0.44kg