Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

KUMPULAN CERPEN: URIP

Penulis: Abang Patdeli Abang Muhi

Urip merupakan himpunan 23 cerpen hasil karya Abang Patdeli Abang Muhi yang dihasilkan sekitar tahun 1989 hingga tahun 2010. Cerpen-cerpen yang merangkumi kepimpinan, politik, adat resam kaum dan sosial ini memiliki kekuatan dari segi pemikiran, pengolahan, teknik penyampaian dan bahasa. Nilai dan budaya yang diungkapkan dengan pelbagai bahasa menjadi nilai tambah kerana melaluinya pembaca di luar Sarawak dapat mempelajari sesuatu yang baharu. Sebagai seorang yang berpengalaman luas, pengarang dengan tegas mengemukakan prinsip dan perjuangannya dalam setiap cerpen yang dihasilkan. Dalam gaya yang bersahaja, pengarang cuba mengkritik tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang dianggap tidak adil dan tidak wajar dalam menegakkan kebenaran.

Original price was: RM35.00.Current price is: RM29.75.

Butiran Produk

No. Produk
899521113774102
No. ISBN
9789834613778
Tarikh Terbit
27 Sep 2013
Bil. Halaman (ms)
664
Penulis
Abang Patdeli Abang Muhi
Berat (Versi Cetak)
0.59kg