KUMPULAN CERPEN: PARI- PARI DI BAWAH CAHAYA
“Adakah mereka tidak berputus asa mengejar cahaya yang hanya seketika ini sahaja? Dunia ini hanya pinjaman. Tak perlu begitu taasub mengejamya!” Tegasnya berkata kepada penghuni cahaya itu. Berdasarkan rungutannya, dia tahu bahawa, perjalanan yang sesingkat dunia fana itu hanya menjadi persinggahan buat semua makhluk yang bemyawa.
Kumpulan cerpen Pari-pari di Bawah Cahaya menampilkan 20 buah cerpen bagi membawa atmosfera minda dan hati manusia kepada pembaca tentang makna kehidupan sebenar iaitu nikmat kesyukuran kepada Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sebagai insan, kita tidak mahu kecundang menjadi bangkai seekor kelekatu di bawah cahaya kehidupan yang rela untuk dibuang ke tanah tetapi kita haruslah berazam menjadi pari-pari di bawah cahaya rezeki yang terbentang luas dengan mencarinya serta berbakti kepada masyarakat, agama dan negara di dalam dunia fana ini.
Original price was: RM23.00.RM21.85Current price is: RM21.85.

