KUMPULAN CERITA RAKYAT KEPULAUAN MALDIVES: SIPUT SANDARA

RM11.90

Padam

Penerangan

Cerita rakyat merupakan salah satu cabang sastera tradisi yang perlu dihayati oleh kanak-kanak. Melalui cerita-cerita rakyat, kanak-kanak berpeluang mendekati masyarakat silam serta menyingkap latar belakang kehidupan, kepercayaan dan kebudayaan nenek moyang mereka. Kanak-kanak bukan sahaja memperoleh pengetahuan dan hiburan, malahan dapat memperkayakan kehidupan mereka dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang diselitkan dalam sebahagian besar cerita rakyat.
Siput Sandara memuatkan 12 buah cerita rakyat dari Kepulauan Maldives yang kesemuanya telah diceritakan semula dengan gaya yang lebih mudah dan menarik, sesuai untuk sasaran pembaca kanak-kanak.
Sesuai untuk bacaan kanak kanak berumur 10 hingga 12 tahun.

Maklumat

No. Produk
398320050201162438520102
No. ISBN/ISSN
9789836243850
Tarikh Terbit
14 Mac 2019
Muka Surat
56
Penulis
Nazel Hashim Mohamad
Berat (Versi Cetak)
0.16kg