KISAH HIDUP SENIMAN AGUNG P.RAMLEE

RM25.00

Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP sahaja dan TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

Sinopsis

Allahyarham seniman agung Tan Sri P Ramkee telah meninggalkan peminatnya semenjak 29 Mei 1973, namun nama beliau tetap segar dalam ingatan, malah hasil-hasil karya beliau masih setia menjadi wadah tontonan di kaca televisyen. Beliau mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam berlakon, bernyanyi, berlawak, bermain alat muzik, mengarah filem dan menghasilkan lagu. Sesungguhnya bakat yang dimiliki terserlah ke seluruh pelosok Nusantara.

Masyarakat umum hanya mengenali Tan Sri P Ramlee setelah beliau berada di puncak kejayaan. Tidak ramai yang mengetahui kepedihan dan penderitaan yang terpaksa dilaluinya untuk menempa kejayaan. Penulis yang sememangnya rapat dengan seniman agung ini, menceritakan peristiwa demi peristiwa dengan persembahan dan olahan yang menarik untuk tatapan pembaca.

Butiran Produk

No. Produk
927320050201149059640101
No. ISBN
9789834905965
Tarikh Terbit
09 Jan 2016
Bil. Halaman (ms)
279
Penulis
Abdullah Hussain
Berat (Versi Cetak)
0.37kg