KHAZANAH PAKU PAKIS: MAKANAN DAN UBATAN TRADISIONAL
Khazanah Paku Pakis: Makanan dan Ubatan Tradisional merupakan antara buku pertama di Malaysia mengenai kumpulan tumbuhan paku pakis dan khasiatnya sebagai makanan dan ubatan tradisional. Buku ini menerangkan cara penggunaan dalam perubatan tradisional berdasarkan rujukan dan temu bual dengan beberapa pengamal perubatan. Persembahan buku ini dilengkapkan dengan bantuan gambar yang dapat membantu pembaca mengenali paku pakis dengan tepat, di samping dapat memberikan maklumat yang berguna kepada mereka yang ingin mengetahui tentang kumpulan tumbuhan ini. Paku pakis merupakan tumbuhan yang sangat unik kerana bentuk daun, seni bina pokok dan juga ciri-ciri pucuk mudanya, menjadikanya sesuai sebagai tanaman hiasan yang memerlukan penjagaan yang sangat minimum. Kumpulan tumbuhan ini mempunyai nilai ubatan dan telah digunakan sejak dahulu lagi dalam perubatan tradisional. Malahan, paku pakis juga telah menjadi pilihan dalam menu masakan terutamanya masakan tradisional, masakan ala kampung dan juga masakan eksotik masyarakat Melayu serta pelbagai masyarakat di Malaysia. Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh semua golongan yang berminat dengan ubatan tradisional, masakan dan tanaman hiasan yang berasaskan paku pakis.
Price range: RM45.60 through RM57.80



