15%

JENAYAH RASUAH DI MALAYSIA: PENYAKIT SOSIAL MERENTAS ZAMAN

RM34.00

Padam

Penerangan

Buku ini secara umumnya lengkap dan merangkumi semua aspek tentang perlakuan jenayah rasuah, khususnya dalam konteks negara ini. Buku 10 bab ini dimulakan dengan pengenalan kepada definisi dan konsep jenayah rasuah dari aspek bahasa, budaya, undang-undang dan perspektif pelbagai agama. Selain itu, penerangan diberikan tentang sejarah penubuhan agensi pencegahan rasuah di negara ini sejak tahun 1957 sehingga kini, bermula dengan penubuhan Badan Pencegah Rasuah (PR) sehingga penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009 dan penguatkuasaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Dalam tempoh itu, beberapa kali undang-undang antirasuah dipinda & diperkukuh bagi memastikan usaha memerangi & membendung penularan jenayah rasuah turut diperhebat. SPRM dikawal oleh lima buah badan bebas mewakili rakyat Malaysia bagi memastikan jenayah rasuah diperangi dengan lebih berintegriti, telus, bebas & diyakini oleh rakyat tentang kebebasannya memerangi jenayah rasuah.

Maklumat

No. Produk
364320050201149219940101
No. ISBN/ISSN
9789834921996
Tarikh Terbit
05 Jun 2020
Muka Surat
267
Penulis
Mohamad Fauzi Husin
Berat (Versi Cetak)
0.41kg