Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

ILANG

Penulis: Abg. Saifuddin Abg. Bohari

ILANG itu bukan parang sembarangan, la lambang keberanian dan kemenangan. Akan tetapi, desakan hidup membuatkan Tuai Rumah Dunggau gagal mempertahankan warisan pusaka itu. Namun ironinya, niat itu ditentang oleh Anong, anaknya yang tidak pernah pun mengambil peduli akan kepentingan tarian ngajat. Setelah tawar-menawar dibuat, rahsia di sebalik ilang yang bakal berganti tuan itu disingkap. Kisah Ojeh yang banyak berjasa kembali disebut. Nama Sibat yang selalu cemburukan sahabat sendiri, diungkap. Manakala Suria yang berada di antara dua orang pemuda itu, juga tidak dilupakan. Dan ternyata, menyingkap tragedi paling tragis itu menimbulkan satu rasa dalam diri Tuai Rumah Dunggau. Hatinya mula goyah. Di satu sisi, dia mahu melihat Anong berjaya dalam pelajaran. Di sisi yang lain, dia berasa seperti telah mengkhianati kaum kerabatnya. Sedangkan Tuan Brown yang melihat, menunggu penuh harapan.

RM18.00

Butiran Produk

No. Produk
899521118194101
No. ISBN
9789834618193
Tarikh Terbit
25 Jul 2015
Bil. Halaman (ms)
300
Penulis
Abg. Saifuddin Abg. Bohari
Berat (Versi Cetak)
0.25kg