30%

GERAWAN

RM17.50

Padam

Penerangan

Prof. Musa tidak diberi pilihan selain menamatkan riwayatnya sendiri. Seteguk sianida sudah memadai. Namun dia tidak mahu patuh. Ada kejelikan yang harus dibongkarkan sebelum nyawanya melayang.

Suri mahu mencipta polis android baharu demi memastikan keadilan sejagat dipertahankan. Namun, adakah ia sesuatu yang dibenarkan oleh kerajaan sedia ada?

Rumi sudah jemu dengan kehidupan warga pendatang sepertinya yang tidak dibela nasibnya oleh kerajaan komunis Nusantara. Penindasan hak pekerja dan sekatan demi sekatan membuatkan dia mahu bebas melihat dunia luar.
Gerawan ialah warna berbaur yang mengaburi kebenaran di dalam benak mereka. Di negara itu, kebebasan dan kebenaran tidak pernah mampu dimiliki tetapi haruskah mereka berputus asa menagihnya?

Maklumat

No. Produk
899320050201149267940101
No. ISBN/ISSN
9789834926793
Tarikh Terbit
10 Ogo 2020
Muka Surat
207
Penulis
Lokman Hakim
Berat (Versi Cetak)
0.18kg