15%

EDISI KHAS SASTERAWAN NEGARA: MONOLOG KECIL TAHUN – TAHUN GELORA (K/K)

RM38.25

Padam

Penerangan

Monolog Kecil merupakan himpunan 78 buah artikel tulisan Sasterawan Negara Dato’ (Dr.) Haji Baharudin Zainal (Baha Zain) yang disiarkan dalam majalah Dewan Sastera antara tahun 2005 hingga tahun 2011. Tempoh tersebut jika diteliti merupakan tahun-tahun yang mencabar kepada pembangunan negara bangsa, baik dari segi pendidikan, sosial, ekonomi , mahupun politik yang memberi kesan kepada dekad seterusnya. Sebahagian besar esei yang terkumpul di dalam buku ini membicarakan masalah tentang sastera dan penulis, namun bukanlah membicarakan sastera semata-mata, tanpa mengaitkannya dengan situasi dan sistem di sekeliling yang menjadi latar pendahulu dalam dekad akan datang. Malahan terdapat sejumlah esei yang mengulas tentang peristiwa kebudayaan, sosial dan politik semasa.

Maklumat

No. Produk
899521314644102
No. ISBN/ISSN
9789834614645
Tarikh Terbit
13 Apr 2015
Muka Surat
374
Penulis
Baha Zain
Berat (Versi Cetak)
0.63kg