30%

EDISI KHAS SASTERAWAN NEGARA BAHA ZAIN: ESEI DAN PUISI BAHA ZAIN TENTANG PENULIS DAN PERSEKITARANNYA

RM12.60

Padam
No. Produk: 899521115164101-jendela Kategori: Tag: , ,

Penerangan

Buku ini memuatkan esei dan puisi Baha Zain yang dihasilkan sepanjang kehidupan kreatifnya sejak tahun 1960-an. Kegiatannya yang aktif dalam pelbagai badan penulisan dan budaya menjadikannya satu figura yang hidup bersama dalam arus perkembangan seni sastera dan budaya di negara ini. Eseinya yang sangat mudah difahami dan puisinya yang kritis dan sinis terhadap dunia moden ialah suara yang selalu akrab dan bertanggungjawab terhadap nasib bangsanya. Persembahan gaya bahasa Baha Zain yang tersendiri menjadi keperibadiannya -provokatif dan tajam tetapi melunakkan. Sesungguhnya setiap esei dan puisi yang terkandung dalam buku ini adalah citra daripada pergelutan fikiran dengan persoalan seni sastera dan budaya serta persekitaran dalam sejarahnya untuk tafsiran masa depan.

Maklumat

No. Produk
899521115164101
No. ISBN/ISSN
9789834615161
Tarikh Terbit
19 Mac 2014
Muka Surat
196
Penulis
Baha Zain
Berat
0.39kg