
EDISI KARYA MALAR SEGAR SASTERAWAN NEGARA: SRENGENGE – SHAHNON AHMAD (KK)
Shahnon Ahmad dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah V dalam tahun 1946. Beliau menerima Sarjana Sastera daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1975.
Shahnon Ahmad mula giat menulis dan mula terkenal sejak tahun 1956 lagi dengan tulisannya yang berbentuk cerpen, esei, dan kritikan. Tidak lama kemudian Shahnon menjadi lebih terkenal sesudah menghasilkan novel pertamanya, Rentong pada tahun 1965. Novel beliau, Ranjau Sepanjang Jalan (1966) telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat pembaca serta para pelajar, dan telah dijadikan teks sastera tingkatan enam untuk beberapa tahun. Novel ini telah diangkat menjadi sebuah filem dalam tahun 1983. Novel Shahnon, Srengenge telah dipilih sebagai novel terbaik dalam Hadiah Karya Sastera (1973).
Shahnon Ahmad telah mendapat Anugerah Pejuang Sastera (1976). Kemuncak pencapaian Shahnon Ahmad sebagai sasterawan apabila beliau dinobatkan sebagai Sasterawan Negara kedua pada tahun 1982. Beliau juga telah dianugerahkan Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1980.
RM52.00



