DIDIK BELAJAR 9: WAH, INDAHNYA PULAU REDANG!
Nana dan keluarganya pergi ke sebuah pulau yang indah di Malaysia
semasa cuti sekolah. Suasana pantai yang bersih dan air laut yang jernih
memberikan pengalaman baharu yang menyeronokkan buat Nana. Ketika
Nana berenang di laut, ada sesuatu yang bergerak di dalam air dan menarik
perhatiannya. Apakah haiwan laut itu? Adakah haiwan tersebut akan
membuatkan Nana berasa takut?
Ikuti Didik Belajar Siri 9, sebuah kisah santai berlatarkan suasana pulau
di Malaysia. Ilustrasi dan perkataan dengan suku kata KVK+KVK, KV+KVKK
dan juga perkataan yang menghasilkan bunyi diftong dan digraf, sambil
mengaitkan bacaan dengan pengalaman harian dan menikmati proses
pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan bersama-sama
dengan Nana.
Original price was: RM13.00.RM11.05Current price is: RM11.05.


