Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

DETIK-DETIK PENGEMBARAAN DALAM PENGAJIAN MELAYU

Dr. Ding Choo Ming, seorang anak penoreh getah yang berjaya menempa nama sebagai seorang daripada tokoh penting dalam pengajian Melayu. Melihat kesungguhan beliau mempelajari bahasa Melayu hasil daripada Kempen Minggu/Bulan Bahasa Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta bantuan daripada editor DBP pada tahun 1960-an boleh dikatakan bahawa kejayaan Dr. Ding bukanlah kejayaan peribadi beliau semata-mata, tetapi turut dibentuk dari semasa ke semasa melalui faktor persekitaran dan sumbangan daripada organisasi lain, terutamanya DBP dan UKM. Penerbitan memoir yang mengandungi banyak kisah pahit manis hidup beliau yang diceritakan untuk kali pertama ini merupakan penghormatan DBP kepada beliau atas sumbangan beliau yang besar dalam pengajian Melayu. Semoga memoir ini menjadi sumber ilham kepada generasi baharu dari segi semangat gigih beliau memperkasakan diri.

(Dr. Hazami bin Jahari, Ketua Pengarah DBP.)

Membaca memoir tulisan Dr. Ding Choo Ming mengingatkan saya kepada kata-kata bijak pandai, “Kalau nak tahu panjangnya pantai, tanyalah camar; kalau nak tahu putihnya pasir, tanyalah penyu; kalau nak tahu luasnya langit, tanyalah helang. Kalau nak tahu luasnya hutan, tanyalah kijang”. Oleh itu, memoir ini perlu dibaca oleh semua dengan alasan utamanya merujuk kepada yang pakar.

(Profesor Dr. Koh Young Hun, Hankuk University of Foreign Studies, Seoul.)

Dalam memoir ini, Dr. Ding Choo Ming menceritakan sebab beliau jatuh cinta kepada bahasa Melayu sehingga terdorong menelusuri tulisan Jawi, manuskrip Melayu, pantun dan hubungan antara orang Melayu dengan orang Cina. Dr. Ding memperkenalkan kepada kita bukan sahaja buku-buku dan tulisan beliau, tetapi juga usaha pembinaan portal pengajian Melayu yang kini tersohor di seluruh dunia.

(Profesor Emeritus Dr. Conrad William Watson, University of Kent, Canterbury, England.)

Dalam memoir beliau, Dr. Ding Choo Ming menceritakan kisah yang penuh inspirasi mengenai perjalanan hidup beliau daripada seorang enfant terrible kepada seorang sarjana terkemuka dalam pengajian Melayu melalui gabungan yang menarik antara teks dengan visual. Selain menyelami semangat pada zaman itu dan perkembangan beliau sebagai seorang sarjana, kisah ini turut mengupas cabaran dalam merapatkan jurang budaya antara orang Melayu dengan orang Cina.

(Dato’ Dr. Ooi Kee Beng, Pengarah Eksekutif, Penang Institut.)

Memoir Dr. Ding Choo Ming sangat menarik dan informatif. Membaca memoir ini menyedarkan kita tentang sumbangan Dr. Ding yang besar dalam pengajian Melayu selain membuka perspektif kita terhadap perkembangan dan perubahan dalam bidang pendidikan, kepustakaan dan penyelidikan di Malaysia.

(Profesor Dr. Soda Naoki, Tokyo University of Foreign Studies, Tokyo.)

RM60.00

No. Produk: 308320050201149518340101-jendela Kategori:

Butiran Produk

No. Produk
308320050201149518340101
No. ISBN
9789834951832
No. eISBN
978-983-49-5563-2
Tarikh Terbit
12 Ogo 2025
Saiz PDF
117 MB