Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

DAFTAR KATA BAHASA SENOI – BAHASA MELAYU

Penulis: MOHD SHARIFUDIN YUSOP

Masyarakat umumnya hanya mengetahui beberapa suku Orang Asli
seperti Semai, Jakun dan Mahmeri. Hakikatnya, secara rasmi terdapat
15 suku lain, iaitu Orang Kanaq, Orang Kuala, Orang Seletar,
Semelai, Temuan, Bateq, Jahai, Kensiu, Kintak, Lanoh, Mendriq, Che
Wong, Jahut, Semoq Beri dan Temiar. Setiap suku ini dicirikan
berdasarkan bahasa yang berbeza dan tiada yang bersifat lingua
franca dalam kelompok masyarakat ini, kecuali bahasa Semai kerana
penuturnya yang paling ramai, iaitu sebanyak 61 684. Pada suatu
masa dahulu, bahasa Semai juga pernah dijadikan bahasa perantara
yang perlu dikuasai oleh pihak yang bertanggungjawab mentadbir
masyarakat ini, iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang kini
dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Semenjak tahun 2014, bahasa Semai telah diperkenalkan
sebagai bahasa elektif dalam kurikulum sistem pendidikan negara
dan ditawarkan di sekolah-sekolah yang mempunyai pelajar Orang
Asli. Namun, di sebalik dinamika itu, 17 bahasa lain sedang melalui
proses pengusangan, terutamanya akibat pelbagai faktor sosial
seperti pendidikan dan urbanisasi. Oleh itu, daftar kata ini dihasilkan
bagi mendokumentasikan kesemua bahasa itu agar tidak hilang
daripada penutur jatinya. Entri katanya disusun mengikut abjad dan
berdasarkan transkripsi fonemik yang kemudiannya diberikan
padanan transkripsi fonetiknya bagi memastikan setiap kata dapat
dibunyikan dengan tepat berpandukan International Phonetic

NASKHAH IKHLAS

Produk ini kehabisan stok dan tidak tersedia.

No. Produk: 499320050201149563340101-jendela Kategori:

Butiran Produk

No. Produk
499320050201149563340101
No. ISBN
9789834956332
Tarikh Terbit
13 Mei 2026
Bil. Halaman (ms)
511
Penulis
MOHD SHARIFUDIN YUSOP
Berat (Versi Cetak)
0.42kg