42%

CICI DENGAN SEBIJI TELUR

RM7.00

Padam
No. Produk: N/A Kategori:

Penerangan

Judul ini mengisahkan seekor anak ayam bernama Cici. Pada suatu hari, Cici tertarik dengan seekor pepatung yang sedang terbang lalu mengikutnya hingga jauh ke dalam hutan. Tidak jauh dari situ, Cici ternampak sebiji telur dan bertanyakan hal itu kepada katak yang berada berhampiran kawasan itu. Katak mengatakan telur itu bukan kepunyaannya lalu Cici mengambil telur itu. Cici terus berjalan untuk bertanyakan haiwan lain tentang telur itu. Mula-mula Cici berjumpa dengan sekumpulan itik, kemudian seekor arnab bernama Bubu, dan seterusnya seekor labah-labah. Akhir sekali, Cici bertemu dengan seekor ular sawa. Bubu yang sememangnya mengekori Cici telah dapat mengesan bahaya yang akan menimpa Cici. Bubu berlari untuk memberitahu ibu bapa Cici. Cici yang dalam ketakutan terpaksa bertanyakan hal telur tersebut kepada ular sawa. Ular itu meminta Cici mengikutnya ke tempat yang lebih sunyi lalu menyerangnya. Namun, terkaman ular tersebut gagal kerana telur yang dibawa oleh Cici menyukarkan pergerakannya. Cici terus meminta tolong dan berjaya diselamatkan oleh seekor burung merpati. Rupa-rupanya telur itu kepunyaan burung merpati. Burung itu mengucapkan terima kasih pada Cici dan Cici akhirnya bertemu semula dengan ibu bapanya.

Maklumat

No. ISBN/ISSN
9789834933760
Muka Surat
32
Penulis
Nor Azita Umar dan Hasbullah Abu Hashim
Saiz PDF
21 MB