15%

CERITERA DARI PINGGIR TAMAN

RM25.50

Padam

Penerangan

Sewaktu cinta Rasdi dan Patricia semakin mekar, muncul Nora yang mula menunjukkan perasaannya terhadap Rasdi. Patricia menyedarinya. Dia melihat tingkah laku Nora. Serentak itu, kata-kata Mama Tracy terngiang-ngiang di cuping telinganya. Satu saat, cinta akan muncul juga dalam kehidupan kita. Ia adalah mestika hidup yang tak ternilai harganya, jadi rebutlah dan pertahankanlah!
Memang Patricia dapat merebut dan mempertahankan cinta Rasdi daripada beralih kepada Nora kerana Rasdi mencintai Patricia sepenuh hatinya juga. Maka, Nora bukanlah tembok penghalang yang dapat melunturkan cinta Rasdi kepada Patricia dan Ricky bukanlah pemuda yang dapat memudarkan cinta Patricia terhadap Rasdi. Yang menghalang percintaan mereka ialah ibu bapa masing-masing yang berpunca daripada perbezaan agama. Akibatnya, Rasdi dan Patricia menerima kesan yang cukup tragik dan tidak mungkin dapat dilupakan dalam perjalanan hidup mereka.

Maklumat

No. Produk
899521108424102
No. ISBN/ISSN
9789834608422
Tarikh Terbit
25 Ogo 2015
Muka Surat
611
Penulis
Baharuddin Kahar
Berat (Versi Cetak)
0.56kg