CERITA RAKYAT SABAH: PUTERI BONGSU DAN SULUWADEN
Original price was: RM8.00.RM6.80Current price is: RM6.80.
Sinopsis
Tujuh orang puteri bersaudara dari kayangan turun mandi-manda di negeri Inderaloka. Gelagat mereka diperhatikan oleh Suluwaden. Suluwaden amat tertarik dengan Puteri Bongsu lalu dia menyorokkan sayapnya. Akibatnya, Puteri Bongsu tidak dapat pulang ke kayangan. Suluwaden pun membawa Puteri Bongsu ke rumah dan memperkenalkan Puteri Bongsu kepada ibunya, Mak Tejah. Keenam-enam kakak Puteri Bongsu pula tidak datang-datang membawa sayap yang baharu untuknya. Akhirnya, Puteri Bongsu pun berkahwin dengan Suluwaden. Pada suatu hari, Puteri Bongsu terjumpa semula sayapnya di dalam hutan. Dia pun pulang ke kayangan dengan janji akan kembali kepada suaminya suatu hari kelak. Setelah beberapa lama, Puteri Bongsu tidak juga kunjung tiba. Maka Suluwaden pun mengembaralah ke kayangan. Berbagai-bagai rintangan yang dihadapinya semasa pengembaraan tersebut. Dapatkah Suluwaden sampai ke kayangan untuk bertemu dengan isteri kesayangannya?