CENGKERIK DAN BURUNG PUNGGUK
RM13.30 – RM14.00
Sinopsis
Manuskrip ini mengisahkan pungguk yang tidak berkawan dengan haiwan lain di dalam hutan. Pada siang harinya, dia lebih suka tidur. Cengkerik berjiran dengan pungguk. Cengkerik suka membuat bising dan tidak disukai pungguk. Mereka selalu bergaduh. Pada setiap kali bulan mengambang, pungguk akan bertenggek di atas dahan merenung bulan yang jauh. Pada suatu malam, sedang asyik pungguk merenung bulan, dahan tempatnya bertenggek patah. Pungguk jatuh ke tanah. Sayapnya patah. Kebetulan, cengkerik lalu di situ. Cengkerik memanggil rakan-rakannya datang untuk membantu pungguk. Pungguk dinasihati supaya berehat. Pungguk berasa terhutang budi dengan cengkerik dan kawan-kawan. Selepas sayapnya sembuh, pungguk mencari cengkerik di dalam semak dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Pungguk berjanji tidak akan bergaduh dengan cengkerik lagi.