15%

BUNGA WAKTU

RM12.75

Padam

Penerangan

Bunga Waktu mengandungi 7 buah sajak pilihan yang dihasilkan sekitar tahun 1960 hingga 1980. Lewat antologi Ini, Ahmad Sarju menggarap persoalan perjuangan membela bangsa, peristiwa sejarah, ketidakadilan sosial dan sikap patriotik terhadap tanah air, Antologi ini juga menonjolkan sikap kritis penyair terhadap penyelewengan yang menular dalam masyarakat. Pengaruh pantun kuat dirasakan dalam kebanyakan sajaknya dan unsur tradisi tersebut terus dipertahankan dalam sajak-sajaknya hingga kini. Ahmad Sarju dilahirkan pada 10 Disember 1942 di Kelang, Selangor. Beliau mula menulis pada tahun 1960 dengan tumpuan pada bidang sajak, Empat buah sajaknya memenangi Hadiah Karya Sastera 1971. Sajak-sajaknya tersiar di pelbagai akhbar dan majalah tempatan dan beberapa buah daripadanya turut termuat dalam antologi Lapan di Pantal, Pancaran Sajak, Himpunan Sajak, Perintis Sajak-sajak Melayu Moden, Gema Membelah Gema, Di Penjuru Matamu, Titian Zaman, Menjunjung Duli, Keris dalam Bunga Raya dan lain-lain

Maklumat

No. Produk
899320050201149061240102
No. ISBN/ISSN
9789834906122
Tarikh Terbit
11 Apr 2016
Muka Surat
90
Penulis
Ahmad Sarju
Berat (Versi Cetak)
0.13kg