Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

BAHASA MELAYU UNTUK PENUTUR ASING TAHAP 1

Penulis: Nor Hashimah Jalaluddin, Mardian Shah Omar, Maulana Al-Fin Che Man

Mengetahui lebih-daripada satu bahasa merupakan satu kelebihan bagi setiap individu. Setiap individu mempunyai cita rasa dan minat yang berbeza. Namun, perbezaan ini perlu diraikan dengan menyediakan bahan bacaan yang sesuai. Buku Bahasa Melayu untuk Penutur Asing ialah wadah terbaik untuk mereka yang berminat bagi mempelajari bahasa Melayu.

Tema-tema menarik yang bersinambungan telah ditenun bagi membantu penutur asing untuk memahami bahasa Melayu asas terlebih dahulu. Gambar-gambar dan maklumat dalam gelembung mampu menarik perhatian pelajar untuk mendekati bahasa Melayu. Selain glosari, ada beberapa latihan yang disediakan bagi memberi mereka ruang untuk memahami bahasa Melayu dengan lebih baik. Latihan yang disediakan boleh menerbitkan minat yang tinggi terhadap bahasa Melayu.

Meskipun telah ada beberapa versi buku penutur asing untuk bahasa Melayu di pasaran termasuk yang bersifat digital, namun buku ini boleh dikatakan sebagai pelengkap kepada bahan-bahan yang telah sedia ada.

Buku ini ialah penambahbaikan kepada buku Bahasa Melayu untuk Penutur Asing 1 yang diterbitkan pada 2007. Buku ini diolah semula agar menjadi lebih mesra pengguna dan sesuai dengan golongan novis.

RM18.00

No. Produk: 400320050201149485140101-jendela Kategori:

Butiran Produk

No. Produk
400320050201149485140101
No. ISBN
9789834948511
No. eISBN
978-983-49-5437-6
Tarikh Terbit
23 Jan 2025
Bil. Halaman (ms)
86
Penulis
Nor Hashimah Jalaluddin, Mardian Shah Omar, Maulana Al-Fin Che Man
Saiz PDF
34 MB