Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

ARTIFAK BUDAYA MATERIAL: MASYARAKAT IBAN DI SARAWAK

Penulis: Gregory Kiyai @ Keai, Noria Tugang

Pengalaman lahir dan membesar di rumah panjang Rantau Kiran di kawasan pedalaman Ulu Medamit, Limbang telah memberikan ilham dan pendedahan kepada penulis dalam memahami dan menghayati seni dan kebudayaan artifak budaya masyarakat Iban di Sarawak. Masyarakat Iban merupakan sebuah kumpulan masyarakat peribumi yang terbesar di Sarawak dan mereka hidup dan menetap di rumah-rumah panjang. Artifak budaya merupakan peralatan yang sangat penting dalam memobilisasikan kebudayaan dan kesenian Iban dalam menjalankan pekerjaan harian, memenuhi keperluan ritual dan sebagai manifestasi dan simbol penting dalam pengekalan tradisi nenek moyang mereka pada masa lampau.
Artifak budaya masyarakat Iban dikategorikan kepada dua komponen, iaitu warisan dan pusaka. Warisan merujuk artifak budaya yang diwarisi oleh setiap masyarakat Iban daripada seni pembuatannya, kepercayaan dan falsafah budaya, manakala pusaka lebih bersifat peribadi yang hanya diwariskan kepada ahli keluarga. Penggunaan artifak budaya masyarakat Iban di rumah panjang sangat dipengaruhi oleh kepercayaan nenek moyang yang disebut sebagai Pengarap Lama. Oleh itu, buku ini menjelaskan tentang nilai kebudayaan dan kesenian artifak budaya masyarakat Iban dari beberapa sudut estetika seni dan etnografi budaya.

Price range: RM33.25 through RM42.50

No. Produk: 390320050201149468640101-jendela Kategori: Tag:

Butiran Produk

No. Produk
390320050201149468640101
No. ISBN
9789834946869
No. eISBN
9789834949365
Tarikh Terbit
11 Dis 2024
Bil. Halaman (ms)
257
Penulis
Gregory Kiyai @ Keai, Noria Tugang
Berat (Versi Cetak)
0.40kg
Saiz PDF
291 MB