Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

ANTOLOGI CERPEN MINGGU PENULIS REMAJA: CEK MEK MOLEK DARI LONDON

Penulis: SALINA IBRAHIM

Antologi ini menghimpunkan cerpen daripada generasi pelapis yang berusia antara 15 hingga 23 tahun yang dibimbing dalam program Minggu Penulis Remaja. Mereka tampil dengan karya yang pelbagai, daripada karya yang berbentuk konvensional, penerokaan baharu serta tidak ketinggalan mengetengahkan pemikiran berani yang diikat oleh estetika bahasa yang menyerlahkan keindahan.

Karya ini boleh dikatakan mewakili suara, wajah dan cara orang muda meluahkan
pendapat. Ada resah gelisah, agresif emosional, cinta, cemburu dan juga harapan serta impian yang dibenamkan dalam naskhah yang mereka tukangi. Karya ini juga menjadi percubaan mereka untuk mencabar usia kepengarangan diri yang masih hijau.

Antologi ini bukan sekadar untuk membina kreativiti dalam kalangan anak muda ini, malah berupaya memperkaya pengalaman pembaca untuk menyelami denyut jiwa remaja melalui kaca mata remaja sendiri.

Dengan itu, kita harus berbangga bahawa dunia sastera Malaysia tidak pernah ketandusan bakat-bakat baharu yang hebat.

Price range: RM15.00 through RM21.25

No. Produk: 899320050201149488530101-jendela Kategori: Tag:

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149488530101
No. ISBN
9789834948856
No. eISBN
9789834955137
Tarikh Terbit
13 Mac 2025
Bil. Halaman (ms)
271
Penulis
SALINA IBRAHIM
Berat (Versi Cetak)
0.25kg
Saiz PDF
2 MB